Saturday, December 5, 2009

salam muhasabah diri


erm..sudah lama tidak menulis...rindu pulak rasanya..dah berhabuk dan bersawang blog ni sebab lama sangat tak jenguk...nak kata sibuk, takdelah sibuk mungkin takde idea nak menulis..ditambah pulak nafsu malas yang menguasai jiwa...

aku harus akui diriku kini semakin lemah..semakin jauh dari jagaan Allah..bukan Allah yang menjauhi diri dari-Ku tapi aku sebagai hambaNya yang membawa diriku jauh dari lindungan dan peliharaan Tuhan Yang Maha Pengasih..

aku semakin lalai dengan nikmat dunia yang sementara...dan aku lupa dengan nikmat akhirat yang kekal selamaNya...aku semakin dibawa arus kealpaan..alpa dengan fatamorgana dunia...keseronokan yang sementara aku jelajahi dan aku terokai...aku menjadi sebahagian daripada mereka yang di luar, manusia yang dilalaikan oleh Allah dengan nikmat dunia, mereka lupakan Allah dan Allah lupakan mereka...aku tidak mampu menghalang kerana Allah tidak lagi dekat denganku, Dia tidak lagi memberiku kekuatanNya kerana aku telah melupakanNya selama ini..aku menjadi insan yang jauh dari akhlak Islam..tiada lagi sifat malu, malu dengan manusia, malu dengan malaikat pencatat, malu dengan Allah apatah lagi..semua itu telah beransur-ansur hilang dariku...aku menjadi manusia yang begitu tega untuk melakukan perkara-perkara yang tidak Dia sukai...sebabnya rasa malu bukan lagi menjadi pakaianku...aku pelik dengan diriku sendiri...aku tidak malu untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya tetapi aku menjadi malu untuk melakukan perkara-perkara kebaikan...ini bukan sifat malu yang dianjurkan Islam tetapi ini rasa malu yang datangnya dari syaitan...astaghfirullahal'azim...

aku insan kerdil yang masih bertatih mencari erti sebuah kehidupan...ingin merasai indahnya berada di bawah jagaan Tuhan...ku ingin jua merasakan nikmatnya mencintai Yang Maha Pengasih dan dicintaiNya (ya Allah, hadirkan rasa cinta itu)...ku ingin rasakan getaran dijiwaku bila mendengar atau mengalunkan ayat-ayat cinta dariNya (ya Allah, bantulah daku)..namun ku sedar pencarianku tidak akan berakhir........

to be continued....

Tuesday, November 24, 2009

Takziah...masa yang masih ada untukmu makin berkurang


23 Nov 2009, genaplah umurku 22 tahun...usiaku makin meningkat, baki umur yang masih tinggal makin berkurang..takziah untukku..detik kematianku makin hampir, tapi amal ibadat makin kurang..huh..xsedar diri sungguh, bertaubatlah kamu sebelum pintu taubat tertutup buatmu..muhasabah balik dirimu..ubah sebelum terlambat...

p/s : syukran and jazakumullah kepada kawan-kawan semua yang mengingati hari lahirku...ku hargai ingatanmu itu...hohoho...terima kasih jugak kepada kawan-kawan yang belanja makan, bagi kad, and bagi hadiah...hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kawan-kawan semua...luv u ols...

Thursday, October 29, 2009

Adam, mengertilah Hawa....


Adam, mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam, mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa yg serba kekurangan ini?

Adam, mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...


Adam, mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat...

Adam, mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam, mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...


p/s: artikel ni saya jumpa kat salah satu komputer di ICT, tidak diketahui sumbernya..mcm menarik je artikel ni, tu yg nk kongsi dgn sahabat2...wallahu'alam..

Wednesday, October 28, 2009

Lafaz Yang Tersimpan


Bermulanya kisah... 25 Oktober 2009

"akak, semalam kan saya "call" mak saya...pastu saya cakap kat mak saya, "mak, saya sayang mak...!!" dia memulakan ceritanya

erm..aku diam je mendengar cerita adik junior yg paling rapat dgnku ini bercerita...pastu dia menyambung lagi kata-kata dia...

akak perasan tak, kalau kita cakap2 or mesej2 ngan kawan kita kan, senang je kita nak ucap "sayang awk..!!" tapi bila ngan mak kita atau ayah kita, tak pernah pon ckp mcm tu...tak terluah pon kata2 tu kan...padahal, mak ayah kitalah yang paling rapat ngan kita, famili kita, orang yang melahirkan kita...sebab tula, saya berjanji ngan diri saya, setiap kali saya telefon mak saya, saya nak cakap kat mak saya yang saya sayangkan dia...

"tersentap" sebentar aku dibuatnya...dalam hati aku mengiyakan...tiba-tiba teringat kat abah ngan ma kat umah...aku memang tak pernah meluahkan atau melafazkan kata sayang, rindu dan kasih kepada kedua ibubapaku...kata-kata sayang dirasakan begitu sukar untuk dilafazkan...jangankan kata-kata sayang, berbual-bual mesra atau bergurau senda pon amat jarang sekali...

"btol tak kak...?" dia bertanyakan pendapatku...

dan aku dengan perasaan yang gundah menjawab "ye, btol..." aku menjawab pendek...aku berperang dengan perasaan sendiri, namun ku cuba mengawalnya agar dia tak perasan perubahanku...

"akak, pe kata lepas ni kita berjanji ngan diri kita, setiap kali telefon mak ayah kita, kita lafazkan "sayang mak" atau "sayang ayah"..."

aku hanya mampu mengangguk...dan di lubuk hatiku yang dalam, aku berazam untuk menunaikan janji tu...aku akan lafazkan kerinduanku dan rasa kasih sayangku kepada kedua ibubapaku setiap kali aku menghubungi mereka...itu janjiku...

"sebenarnya kan kak, mak ayah kita suka sangat bila kita cakap kat diorang kita sayangkan diorang...diorang tak perlukan apa2 sebenarnya dari kita, tak mntk jasa diorang melahirkan, membesarkan kita dibalas tetapi cukuplah sekadar kita menghargai segala pengorbanan mereka.."

aku hanya mampu menjadi pendengar yang baik pada hari tu...tak mampu membalas kata2 dia..dan dialog bersama dia berakhir di situ sahaja dan kami mula berbicara topik lain bila kawan-kawan yang lain datang ke tempat kami untuk join makan sekali... (dialog ni berlaku ketika jamuan terbuka raya)...

namun, segala perbualan antara aku dan dia pada hari tu, sentiasa bermain di minda, berlegar-legar di kepala, membuatkan emosiku terganggu kerana terlalu memikirkan perkara itu...hati terasa tak sabar untuk menghubungi abah ngan ma..tetapi kesibukan turut mengejarku..aku sudah beberapa kali cuba menelefon orang tuaku tetapi waktu yang tidak sesuai menyebabkan aku tidak dapat bercakap dengan mereka...jiwaku resah dan gelisah...segala benda yang aku lakukan serba tak kena...dan semalam kemuncaknya(27 Oktober 2009, dalam selang pukul 9-10 malam kurang lebih di makmal jabatan sains tanaman) ketika dalam proses membuat solution untuk research project, aku telah hilang kesabaran terhadap seorang kawan satu kumpulan...aku telah mengaplikasikan ilmu taekwando yang kupelajari dengan menghadiahkan sebijik "side kick" kepadanya (tapi sipi je, aku tendang kerusi yang beliau duduki)...memang geram sgt, dahla emosi aku dok tgh tak stabil teringatkan abah ngan ma aku, dia plok tak berenti-renti dok mengacau aku...mulut dia tu pok pek..pok pek..dok mengacau dan menganjing-anjing kat aku...mana aku tak naik angin...malas aku nak layan dia...tapi semalam aku dah mntk maaf dah...aku mesej je..aku tau salah aku buat mcm tu...tak penyabar...astaghfirullahal'azim...

abis cerita semalam, masuk cerita hari ni plok...akhirnya aku berjaya menghubungi abah ngan ma tadi...dan aku telah menunaikan janjiku untuk melafazkan kerinduan dan sayangku kepada mereka...walaupon mereka tidak membalas kata-kata azimat yang kulafazkan itu, tapi aku dapat mendengar suara mereka yang gembira dengan lafaz kata yang kuucapkan itu...aku juga mntk mereka doakan anak mereka ni...lusa dah stat exam...gembira sangat malam ni...tu yang aku terus mencoretkan semuanya di sini, pada malam ni jgk (exam esok lusa, masih sempat nk tulis entri baru)...blog ni dah macam diari aku...tempat aku bercerita...walaupon xde org baca atau xde org dengar tapi aku rasa lega sgt dapat luahkan segalanya kat sini...dan sekurang-kurangnya dapat jugak aku melatih diri untuk menulis dengan lebih baik...

Berbalik kepada kisah yang mencetuskan penulisan entri ini, kesimpulannya di sini aku ingin menyeru dan mengajak sahabat2, teman2, kawan2 dan saudara2ku sekalian, ayuh kita lafazkan kecintaan kita kepada kedua ibubapa kita..lafazkan kata-kata itu sementara mereka masih ada..gembirakan mereka selagi masih ada kesempatan...jangan sampai anda menyesal bila peluang itu ditarik kembali oleh Allah SWT...

akhirul kalam...aku lampirkan bait-bait lagu lafaz yang tersimpan nyanyian UNIC (antara lagu feveret aku)..sama2 kita hayatinya...


Pilu hatiku yang sayu menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih
Ku zahirkan lagu sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Raut tuamu memberkas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin ku temu iras sentuhanmu
Biarpun ku redah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlempar hanyalah sekadar tika
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan
Kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasih kepadamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlempar hanyalah sekadar tika
Cumalah ungkapan bisu yang melindungkan
Kalimah rahsia

Apakah yang hilang jika dilisankan
Manik penghargaan penuh kejujuran
Namunkan terlihat
Cinta yang merona
Jika renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan,
Sebelum mata rapat terpejam
Usahkan biar kehilangan menggantikan lafaz
Yang tersimpan..

Thursday, October 22, 2009

Jubah Untuk Ibu


"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu.. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah.

Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu.

Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu...ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along.

“Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan.

Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh.

Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la.. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan.

Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.

“Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam.. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati.

Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?”

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek.

“Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah..

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu.

Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang.. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang.

“Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.

“Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’

Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

“Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Untukmu Ibu
http://www.rakanmasjid.com/

p/s : huhuhuhu...sedihnya citer...kasih ibu membawa ke syurga..kasih anak...?

Indahnya saling merindu kerana Allah…



salam....
w'slm….
akak wtper?
dok bace paper n cari maklumat utk tesis...
ada apa ya ukhti?
xda pa..
rindu...
erm...dah lama kita x berusrah sama2...
akak pon rindu suasana tu...
huhu
trindu mlm ni
erm...sedihla pulak
erm, tul2 rindu xtaulah ngapa...
smoga ukhwh y tjlin kekal hingga akhirnya..
insyaAllah…

rindu lagi…takde cerita lain ke…?asyik post entri yang menggunakan tema rindu je..”very da motifkan penulis ini”…jiwang sungguh…tapi rasa rindu tak salah kan.
Rindu itu adalah anugrah dari Allah
Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan dan juga kebahagian
Para pencinta kebenaran rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan keampunan tuhannya…

Petikan daripada lagu ‘rindu’ nyanyian hijjaz...rindu tu suatu anugerah dari Tuhan kepada hambaNya. sungguh-sungguh indah perasaan rindu ini jika semuanya kerana Allah..
Sebenarnya tujuan aku mengepost entri ini, alkisahnya bermula dengan berlakunya dialog di atas antara diriku dengan seorang sahabat. Ye..kami sedang merindu..merindu keakraban kami tika usrah bersama..betapa rasa rindu ini menyebabkan jiwaku sebak dan mataku berkaca-kaca..kami merindu kerana Allah..kerana ingin mengejar redhaNya..
Kerinduan ini hanya dapat kuluahkan dengan lakaran kata-kata;
Rindu bertamu lagi.
Rindu untuk bertemu sahabat-sahabat dalam satu usrah.
Rindu untuk berbicara dan berkongsi semua perkara dengan sahabat.
Rasa rindu ini semakin menyesak di dalam dada.
Ya, aku ingin menangis kerana kuatnya rasa rindu itu.
Kuatnya rasa rindu ini melebihi kerinduaan kepada ibu dan ayah.
Kerinduaan ini begitu mendera perasaanku.
Aku rindukan sahabat-sahabat seperjuanganku.
Aku rindukan saat-saat berusrah dengan mereka.
Aku rindukan bicara, gelak tawa, dan suka duka bersama mereka.
Ya Allah, pertemukanlah kami.
Kekalkan keakraban kami.
Kami bertemu dan berpisah hanya keranaMu ya Allah.
Kami mengikat janji setia di atas namaMu ya Allah.
Teguhkanlah hati-hati kami ya Allah.
Makbulkanlah doa rabitah yang kami lafazkan tika fajar menyingsing.

“Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah..maka eratkanlah Ya Allah..maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentang-Mu. Dan matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-sebaik sandaran dan sebaik-sebaik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.

p/s : buat sahabat-sahabat seperjuanganku, ku coretkan kata-kata dari Sayyidina Ali bin Abi Talib buat tatapanmu; "sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar, sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan, sahabat sejati menjadi pendorong impian, sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.." ukhuwwah fillah abadan abada...(^_^)

Thursday, October 15, 2009

Muhasabah cinta


EdCoustic: Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya illahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Thursday, October 1, 2009

Takde soalan lain ke?


"shila bila plok?"

"berat nanang...doh guaner adik dulu nikoh....ila punya walimah bila plok?"

"adik dulu kawin?kakaknya bila plok langsungnya?

"doh, kak long punya bila?adik 2 orang doh lepas..."

adoiiiii.............penat jgk nk menjawab soalan2 cepumas dari kawan2, makcik2 dan pakcik2, jiran2 etc. salah ke adik dulu kawin?salah ke adik langkah bendul kakaknya?salah ke kalau adik bertemu jodoh dulu dari kakaknya?salah ke kalau adik dah sampai seru nak kawin dulu dari kak longnya...?x salah kan?mungkin dari segi adat orang-orang melayu kita je nampak x elok adik melangkah bendul pintu kakaknya tapi di sisi agama Islam tiada salahnya kan...?

tolonglah kawan2, makcik, pakcik...saya dah penat menjawab soalan2 itu...sabo jela..kalau dah sampai seru nanti saya kawinla...dah sampai jodoh saya nanti, kawinla saya...saya akan jemput semua...jangan risau ok...ke pakcik, makcik risau saya jadi andartu nanti...?yela kan, ada orang cakap kalau adik dah langkah bendul kita, kita lambat bertemu jodoh nanti...(btol ke...?risau jgk..kang membujang sampai ke tua...x ke haru nnti..huhuhu...) tapi insyaAllah, Allah kan ada...semua di dalam kekuasaanNya...tiada yang mustahil bagiNya kan..yang penting kita berusaha dan bertawakal kepadaNya...btol x kawan2...?

lgpon, bnyk lagi tanggungjawab yang perlu saya tunaikan sebelom fikirkan semua itu...tanggungjawab kepada agama, tanggungjawab kepada abah ma, tanggungjawab kepada adik-adik, tanggungjawab kepada the only one anak saudara yang disayangi..barulah boleh fikir pasal diri sendiri...berat tanggungjawab sebagai anak sulung kan...?berat mata menengok berat lagi bahu menanggung...

apa2 pon, tanhiah kepada adikku, noorfazieliaton akmal mohd lokman yang selamat melangsungkan perkahwinannya dengan azhar (lupa plok nama penuh adik ipar) pada hari raya ke 5, 24 September 2005 yg lepas...moga kekal dan berbahagia sehingga ke akhir hayat...long harap adik dapat jadi isteri yang solehah kepada suami...

sedikit foto untuk tatapan pembaca budiman ;

semoga berbahagia dunia dan akhirat

lagi gambo kawin


sempat posing ketika majlis khatam quran


bersama adik-adikku di pagi raya...huh..rindunya kat famili




Friday, August 14, 2009

:.Tahniah.:


selamat pengantin baru kuucapkan kepada Nurul huda Abdullah (sepupu merangkap teman baikku)...tahniah...doaku moga dirimu dan suami berbahagia hingga ke akhir hayat...hari ni, che da akan bergelar isteri org..harap dapat jadi isteri yang solehah kpd suami tercinta... huhuhu...sedihnya tak dapat bersama-sama che da di hari bersejarah ini....walau kita tak dapat bersama-sama di hari bersejarah ni, doaku sentiasa mengiringimu.... (^_^)


kenangan ketika di hari pertunangan

Thursday, July 23, 2009

Rindu




hurm...rindunya kat abah ngan ma...tak sabar nak balik raya nanti...hohoho...jgn jeles ye kwn2 yg x balik tu..nnti saya bawak balik kuih raya satu kontena...maaf sebab x dapat update blog buat masa ni...kepala tengah serabut..fikiran pon dah x btol uols...bagi saya masa ye...

wassalamu'alaikum...

Saturday, May 2, 2009

Alhamdulillah...


salam sahabat2 sekalian...

alhamdulillah...akhirnya hari ni ana dapat ikut usrah...setelah 2 minggu berada di sini, akhirnya ana dipertemukan dengan muslimat-muslimat keningau dalam satu usrah...alangkah indahnya pertemuan tu, hampir menitis air mataku kerana rasa gembira yang teramat..tak dapat digambarkan dengan kata-kata..terubat rindu di hatiku..jadi, ana ingin kongsi rasa gembira ini dengan sahabat-sahabat sekalian.. untuk pengetahuan sahabat-sahabat, muslimat di sini kebanyakannya sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak.. pengisian usrah pon dari buku "Pendidikan anak-anak dalam Islam".. banyak jugakla ilmu cara-cara mendidik anak dalam Islam yang ana dapat... (sebagai bekalan masa depan...hehehe).. tapi perbincangannya bukan berkisar tentang itu sahaja tetapi ia sangat meluas... memang sangat best dan bermanfaat... setakat ni saje perkongsian hari ni... wassalam

Friday, May 1, 2009

Al-kisahnya....


Assalamu’alaikumum warohmatullahi wabarokatuh…

Al-kisahnya, tanggal 20 hb April 2009, aku telah selamat melaporkan diri di Stesen Pembiakan Ternak (SPT) Sebrang, Keningau. Pada pagi tu, aku dan kawanku, Lin telah dihantar oleh Ustaz Najmudin, kenalan Ustaz Halim kat Keningau. Untuk pengetahuan semua, Ustaz Najmudin dah kawin dan ada 4 orang anak (kot ada yang salah faham nanti). Walaupun sibuk dengan MTQ (Majlis Tilawah Quran) peringkat negeri (Ustaz Najmudin sebagai ketua kontinjen Keningau dan isterinya pulak MC majlis) yang secara kebetulannya berlangsung pada tarikh tu jugak, tapi Ustaz Najmudin sanggup meluangkan masa untuk menghantar kami (terima kasih Ustaz dan Kak Syida).
Selepas melapor diri dan berkenalan dengan beberapa orang pegawai kat situ, kami telah dibawa melihat asrama yang akan kami duduki nanti. Alhamdulillah, keadaan asrama tu agak memuaskan cuma kami kena mengangkut air untuk mandi, basuh baju, masak dan sebagainya. Dapur pulak ada satu je, terpaksa berkongsi dengan lelaki. Lepas tengok asrama, kami pon balik semula ke rumah ustaz (hari ni, kami lapor diri je…esok baru mula latihan). Lepas hantar kami tu, ustaz terus bergegas ke tempat MTQ berlangsung (kesian kat ustaz, dalam sibuk-sibuk pon, terpaksa jugak menghantar kami…syukran ustaz).

Masuk hari kedua pulak, kami telah dihantar sekali lagi oleh ustaz dan isteri ke asrama. Selepas meletak beg kat bilik yang akan kami duduki, kami pergi ke kantin dan di sana kami dapat merasa sendiri keenakan sup payau (rusa dalam bahasa Sabah). Bagi aku, biasa je rasanya macam daging lembu je rasanya..tapi tak taula kalau aku je rasa macam tu sebab kadang-kadang lidah aku ni buta rasa…tak dapat nak beza sedap ke tidak, main bantai je semua makanan. Abis makan tu, kami dibawa oleh Kak Massitah (staf KBC) ke Keningau Biotechnology Centre (KBC), tempat praktikal pertama aku (untuk pengetahuan semua aku akan praktikal di 2 tempat iaitu di SPT selama sebulan dan di KBC selama sebulan, kedua-duanya adalah sebahagian dari JPHPT Sabah). Di KBC, kami telah diberi sedikit taklimat oleh Dr. Daud (penyelia kami kat KBC) sedikit sejarah tentang KBC dan kerja-kerja yang perlu kami lakukan sepanjang berada di situ nanti. Kami juga diajar cara-cara menyediakan media untuk semen lembu. Kami jugak pergi tengok koleksi lembu pejantan yang dimiliki oleh KBC. Pastu, kami balik, tamatlah latihan kami pada hari tu.

Hari ketiganya pulak, pagi-pagi lagi kami dijemput oleh penyelia kami untuk ke KBC (untuk pengetahuan semua lagi, asrama kami letaknya di SPT, agak jauh dari KBC..jadi setiap hari kami dijemput dan dihantar pulang oleh penyelia ataupun staf KBC). Pagi tu, kami diminta oleh Dr. Daud untuk menyediakan Tris Egg Yolk (media semen lembu). Lepas dah siap, kami dapat pula tengok macam mana cara-cara semen lembu diambil secara manual dengan menggunakan method artificial vagina. Kemudiannya kami diajar oleh Dr langkah-langkah untuk memproses semen tu, observe semen di bawah mikroskop, dan masukkan semen yang telah diproses ke dalam straw. Petang tu pula, kami ikut Dr ke Tambunan untuk menjalankan Artificial Insemenation (pemanian beradas) ke atas lembu milik orang kampung kat situ. Agak menakutkan proses tu, tak sanggup nak tengok tapi terpaksa jugak tengok..untuk ilmu.

Hari ke 4 dan ke 5, kami tak ada keje sangat nak buat disebabkan penyelia kami ke HQ di Kepayan, Kota Kinabalu kerana ada mesyuarat kat sana. So 2 hari tu, kami cuma observe semen yang telah kami proses, tengok-tengok kambing, tengok-tengok lembu, dan baca laporan-laporan tentang KBC. Maka tamatlah seminggu latihan kami kat KBC. Satu pengalaman yang baru dan amat menyeronokkan..

Ni baru seminggu latihan, tak larat dah nak tulis lagi...lain kali saya sambung lagi ye..walaupun ceritanya membosankan, saya nak cerita jugak kat kawan-kawan semua...jadi, paksa-paksakanlah diri anda untuk membacanya...hehehe...Wallahu'alam

Sedikit gambar untuk tatapan pembaca yang budiman...


antara pemandangan gunung-ganang di Keningau...cantik kan..?


Lembu yang paling comel kat KBC, baka Droughtmaster


Ni pulak, kambing yang paling comel kat KBC, baka Boer



Penyelia kami, Dr Daud bin Hj Yusuf


Dr. Daud tengah buat AI kat sekor lembu betina


Bergambar bersama Lin di replika lembu susu kat SPT

Tuesday, April 21, 2009

Salam sahabat-sahabat yang disayangi


Alhamdulillah...saya dah sampai ke Keningau, Sabah pada pukul 12.15 pm, 19 April 2009. Perjalanan yang agak menakutkan dari KK ke Keningau..dengan jalannya yang curam dan di tepinya jurang yang dalam...huhuhu...kepalaku berpusing-pusing, mata berpinar-pinar sepanjang perjalanan yang menggerunkan tu..hari ni pulak, saya dah selamat melaporkan diri kat tempat praktikal, JPHPT Keningau...hari ni cuma lapor diri je, esok baru mula kerja..berdebar-debar rasanya, tapi rasa seronok pon ada jugak...walau apa pon, tempat ni memang cantik...btol..tak tipu...nanti saya tangkap gambar banyak-banyak & tunjuk kat sahabat-sahabat semua... :)

oklah sahabat-sahabat semua, beta nak beradu dulu..esok dah start kerja..kan tak pasal-pasal tertido time keje plok...lepas ni, mungkin susah nak update blog & kontek kawan semua..maklumla kat tempat praktikal saya tu takde internet...ni pon pinjam yang ustaz najmuddin punya (kawan ustaz halim kat keningau)..saya menumpang kat umah dia untuk 2 hari ni, esok baru masuk hostel JPHPT...doakan saya dapat harungi hidup kat sini ye kawan-kawan...ilalliqo' wama'assalamah......wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh...

Sunday, April 12, 2009

Doa dan Wirid untuk Pelajar


1.SURAH AL FATIHAH – Doa pembuka kepada segala urusan.

2.SURAH AL ‘ALAQ (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu.

3.SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan dan melegakan hati.

4.SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati
Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.

5.SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati
“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya.”

6.SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati
“Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.Ya Allah..Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.”

7.WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA.
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)
“Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu ‘alaihi wasallaam nabiyan wa rasulla.”
Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)

8.DO’A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL
Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya arhamar-rahimin.
“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”

9.DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA
“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”

10.DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK
Allahumma alhimni rusydii wa a’idznii min syarri nafsi.
“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”

11.DO’A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS
Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli
“Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.”

12.DO’A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN
Rabbi zidnii ‘ilman warzuqni fahman
“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).

13.WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH
Ya ‘Aliimu Ilman Hikmah
“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah”

14.WIRID UNTUK PELAJAR
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.
Ya Haadii Ya “Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.
“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata”
Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy.

15.DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH
Ya ‘Aliimu Allimni Hikmah
“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah”.
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

16.DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN
Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan

Ya Haadi, ihdinii.
“Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku”
Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.

17.WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI
Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat
“Wahai Tuhan Yang Maha Pandai”
Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.

18.WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN
Alaa Ya’lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir
“Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.
Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau projek.



Surah Ali-'Imran : 160

"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal."

p/s: salam sahabat-sahabat sekalian...selamat menghadapi final exam...studi..studi jgk tp jgn lupa untuk berdoa dan bertawakal kepada Allah..insyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan kita... :)

Thursday, April 9, 2009

Program lagi...


“Program lagi. Asyik dengan program aje. Bila masa nak study ni. Isy, ni rasa macam nak ponteng aje program nie” Keluh Nur selepas mendengar pengumuman masulah Lajnah selesai sahaja satu liqa nuqaba’.

Pertarungan dalaman bermula….

Ilmu, Iman dan Amal.

Al-fahmu qabla al-amal. Faham dahulu baru beramal. Satu slogan yang sering ditekankan oleh pengkuliah di hadapan. Benar. Ada hikmahnya dalam bicara itu. Tanpa kefahaman, mana mungkin satu amal dapat dilaksanakan dengan baik.

Umpama seorang pembuat roti canai. Bukan mudah untuk hasilkan doh roti itu. Perlu ada adunan yang betul. Tepung, air, telur , garam, dan bahan yang lain perlu diadun dalam sukatan yang sesuai. Silap bancuh, keras jadinya. Ilmu membancuh perlu difahami. Bukan sekadar itu. Ia perlu hadir dengan pakej ilmu menebar dan membalik-balikkan roti canai di atas api. Barulah dapat menghasilkan roti yang sedap.

Tapi, harus diingat. Prosesnya bukan sekadar tahu dan mampu buat. Betapa ramai pembuat roti canai di jalanan, namun ada yang bermutu ada yang tidak. Kenapa ? Ternyata ada satu lagi elemen yang perlu ditekankan. Kalau boleh disebutkan di sini, elemen penghayatan. Perasaan mahu. Tanpa ada kemahuan buat yang baik, walau sehebat mana adunan doh roti, hasilnya tetap tidak akan sehebat roti yang dihasilkan dengan kemahuan yang tinggi oleh si penjual.

Kalau dia ada hati pada rotinya, nescaya tidak akan kisah walau selewat mana perlu tidur kerana mahu menyiapkan doh roti untuk esok hari, tidak kisah walau seawall mana perlu bangun untuk menebar dan menjual rati. Semua kepenatan ditolak tepi kerana dia sendiri MAHU melakukannya.

Hari ini ramai pendakwah yang lompat satu langkah. Bila faham terus amal. Ada satu elemen yang sering diabaikan. Penghayatan/Kemahuan. Sebab itu slogan ilmu, iman dan amal sering diletakkan di mana-mana logo. Di tengah-tengah ilmu dan amal, adanya iman. Di tengah-tengah tahu dan mampu, adanya mahu.

Bila diselidik latar belakang pendakwah yang menyepi di jalan ini, kita mendapati bahawa mereka bukannya tidak mampu untuk beramal, bukannya tidak tahu kenapa perlu beramal, tapi ternyata kurangnya kemahuan untuk beramal.

“Maaf le syeikh. Ana sibuk study nie.” Tolak seorang ikhwah bila diajak untuk ke usrah.

“Ana dah banyak kali pergi program ini. Bagi le peluang untuk ana berehat pulak” alasan seorang akhawat.

“Bosan le program. Asyik program aje. Tidur lagi best” respon seorang senior bila diajak turun beriadah di pagi Ahad.

Seribu satu alasan dicipta. Semuanya asbab untuk meng’halal’kan diri menyepi dari jalan da’wah. Samada alasan yang diberi itu syarie atau tidak, itu semua tidak dipeduli lagi. Yang penting, dapat lepaskan diri dari terus menyesakkan diri dengan urusan da’wah. Study dijadikan tiket untuk melepaskan diri.

Peringatan dari langit.



Kisah kaab.

Seorang sahabat besar nabi, Kaab Bin Malik dipulaukan 50 hari oleh Rasul dan seluruh penduduk madinah , semuanya semata-mata beliau tidak hadir sekali sahaja dalam program islam… iaitu dalam perang Tabuk. Tidak hadir hanya sekali, namun hukumannya begitu berat. Hingga isterinya sendiri dihalang Rasul untuk mendekatinya.

Kenapa pendekatan ini diambil Rasul?

Pertama, kerana ini merupakan arahan dari Allah.

Kedua, ada hikmah yang ingin Rasul sampaikan.

Apa hikmahnya??

Tidak lain tidak bukan melainkan mahu memberitahu bahawa mengugurkan diri dalam perjuangan Islam adalah satu kesalahan yang amat besar. Walaupun hanya sekali tidak hadir, namun ianya bukan boleh dimaafkan begitu sahaja. Ini terjadi kerana sahabat tersebut telah tahu dan mampu untuk berjuang, tapi hanya kerana mahu tidak ada, beliau dihukum. Kesalahan mahu amat besar! Ia perlu dihukum.

Mahu vs tidak mahu

“Program kita malam ini jam 8.30 malam di dewan besar. Harap dapat hadir seperti yang telah kita maklumkan dari bulan lepas lagi.” Satu sms masuk ke dalam inbox Badrul.

Badrul serba salah. Esok ada test jam 5.30 petang. Banyak lagi topik yang belum dibaca. Nak pergi ke tidak program ini.

Maka peperangan mahu dan tidak mahu pun bermula.

Disinilah perlukan kebijaksanaan panglima perang hati dan komander akal untuk menumpaskan bala tentera nafsu. Kajilah semua senjata jadual perancangan , perisai study group, kubu lecturer dan apa sahaja untuk membuat penilaian. Buatlah analisis dengan baik.

“Syeikh.. bola ada di kaki nta. Terpulanglah untuk menjaringkan di gol lawan atau gol sendiri. “

Mohd Hakim
http://muhakim.blogspot.com

Wednesday, April 8, 2009

Muhasabah Diri


“………dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.”
(Surah Muhammad : 38)

Ayat ini sungguh terkesan di hatiku..jika kamu berpaling, Allah akan gantikan kamu dengan orang lain yang lebih baik dari kamu..Allah menegaskan di sini bahawa Dia tidak memerlukan kita tapi sebenarnya kitalah yang amat memerlukan Dia. Kita yang memerlukan rahmat dariNya, kita yang mengimpikan syurgaNya, kita yang mencari redhaNya. Dia tidak memerlukan apa-apa dari kita. Jika kita ingat kepadaNya, Dia lebih mengingati kita dan jika kita lupa kepadaNya, dia boleh lebih dari itu, tidak pedulikan kita langsung.

Apa yang nak kita banggakan dengan diri kita....?

Adakah kita nak mendabik dada bahawa kitalah pejuang agama Allah?

Adakah kita mahu mengatakan dengan bangga bahawa kitalah adalah antara penyambung mata rantaian dakwah Rasulullah?

Dan adakah kita merasakan tanpa kita dakwah takkan berjalan, Islam takkan tertegak di muka bumi ini atau takkan ada orang lain lagi yang mampu meneruskan tugas Rasulullah ini?

Atau adakah kita rasa kita tak perlu berada di dalam saff perjuangan ini kerana masih ramai lagi yang ada untuk buat kerja ni?

Tak usahlah kita nak menyombong diri begitu, tanpa kita memang Islam akan tertegak jua di bumi ini. Itu janji Allah yang pasti. Dan tanpa kita, akan ada orang lain yang akan perjuangkan agama Allah ini. Tapi, kita mesti ingat, kita memilih jalan ini bukan kerana ia memerlukan kita tatapi kerana kita yang ingin mendapatkan redha dan rahmat . Kita yang berhajat kepadanya, bukannya ia berhajat kepada kita. Jangan kita ingat, kita boleh hidup senang tanpa redha dan rahmat dari Ilahi.

Cubalah tanamkan dalam diri kita dan setkan dalam minda kita bahawa kita yang sangat-sangat berhajat kepada Islam, maka InsyaAllah kita akan memberikan sepenuh komitmen kepada kerja-kerja dan program-program Islam. Tidak akan timbul lagi alasan-alasan kuno seperti “saya sibuklah, banyak assignment minggu ni”, saya ada test 5 hari lagi, tak dapat ikut program..banyak lagi tak baca”, dan banyak lagi alasan-alasan yang sungguh “munasabah”. Dan jika kita faham bahawa kita yang sangat berhajat kepada Islam, takkan terbit lagi alasan “saya tidak berminatlah dengan program-program macam ni”, “saya tak nak terlibat dengan gerak kerja Islam atau dakwah..bukan minat saya” dan macam-macam alasan lagi… sungguh menyedihkan dan meletihkan melihat dan melayan karenah budak-budak zaman sekarang…

Ingatlah wahai empunya diri dan anda-anda semua, kita hanyalah insan hina yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam.. jadi jika kita lebih pentingkan yang lain dari Islam itu sendiri, maka kita telah meletakkan diri kita hina di sisi Allah. Ingatlah jua, bahawa Allah mampu menggantikan kita dengan orang lain yang tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi oleh Tuhannya dan akan berjuang dan berkorban di jalanNya dengan sepenuh hati semata-mata untuk mendapat redhaNya. Di saat itu, jangan pula kita menyesal kerana kita telah diberi peluang itu, tapi kita yang telah mensia-siakannya….wallahu’alam




p/s : mohon maaf kepada pembaca...ayat agak tak tersusun dan caca merba... (,")

Friday, March 13, 2009

Mari Belajar Berfikir


Learning without thinking is useless
Thinking without learning is dangerous
- Confucius


Benar sekali kata-kata Confucius itu.

Bahawa belajar tanpa berfikir adalah sia-sia, berfikir tanpa belajar adalah merbahaya!

Dua dimensi yang sama buruk ini harus kita renungkan bersama. Mungkin ia menjawab beberapa teka teki yang menghantui fikiran saya, tatkala hampir saban hari menerima soalan-soalan dari pembaca yang menunjukkan bahawa pembelajarannya tiada disertai dengan proses berfikir!

Amat lurus bendul fikirannya menadah maklumat hingga tahunya yang banyak itu, tidak berhasil membantu diri menjawab soalan kehidupan, di luar kertas peperiksaan.

Belajar tanpa berfikir adalah suatu kesia-siaan. Justeru tiada faedah pelajar lulus peperiksaan tetapi tidak menyertai latihan berfikir di sepanjang pembelajaran itu. Beliau lulus dengan hafalan, bukan dengan kefahaman. Tanda kelulusan dengan hafalan dan bukan kefahaman, ialah apabila hafalannya tidak dapat menguruskan realiti. Tafsirannya di awangan, terjemahannya berterbangan. Ideanya sangat tekstual, hingga teks berpisah dari konteks.

“Agama tidak tertegak dengan logik akal”, tegasnya.

“Agama juga tidak tertegak dengan membunuh akal”, itu jawabnya.

Lalu agama dibentangkan secara yang sungguh tidak masuk akal, demi memenangkan teks yang tidak diprosesnya melalui disiplin fikir.

Muktazilah yang meletakkan akal mengatasi naqal (nas periwayatan), telah diuruskan nasib mereka oleh sejarah. Tetapi membuang Muktazilah, tidak harus sampai membuang akal. Proses berfikir harus diteruskan, kerana tanpa berfikir, taqlid jadi parah, perjuangan membunuh taqlid juga menghasilkan taqlid yang kedua.

Terimalah teguran-teguran Allah, kepada manusia yang enggan berfikir. Hakikatnya kemalasan berfikir adalah suatu dosa.

BERFIKIR TANPA BELAJAR

Berfikir menggerakkan diri mencari kebenaran, mengenal pasti kebaikan. Justeru berfikir mesti segera bertemu bekal, agar jangan sudahnya bebal.

Banyak sungguh soalan yang mahu ditanya. Tetapi sedikit sekali usaha untuk menjawabnya.

Bersoal jawab adalah proses belajar yang penting. Tetapi tasawwur sukar dibina hanya dengan soal jawab. Bertanya kepada google.com atau Ustaz Haji Google.Com, kedua-duanya akan membekalkan kita dengan jawapan, tetapi tidak membantu membina gambaran.

Kita menyoal dan bertanya…

“Kenapa Islam menegah homoseksualiti? Sedangkan 1/10 penguin adalah gay!”, tanya satu soalan.

“Kenapa Allah berkata bahawa bumi dicipta selama enam hari sedangkan Sains membuktikan sebaliknya?”, tanya soalan kedua.

Soalan ini boleh berterusan dan tidak berkesudahan. Tetapi memperolehi jawapan secara pasang siap, tanpa diketahui proses untuk menghasilkan jawapan itu, akan menyebabkan soalan yang dijawab bersambung dengan soalan yang seterusnya. Dan selepas siri soalan itu terjawab, banyak soalan sudah selesai tetapi lebih banyak lagi soalan lain yang datang.

Ia adalah kepingan-kepingan puzzle yang tidak bercantum.

Justeru orang yang banyak bertanya, kerana banyak berfikir, harus banyak belajar. Belajar dalam erti kata bukan setakat bergantung kepada jawapan hasil soalan, tetapi harus belajar mengenal proses menghasilkan jawapan itu.

Misalnya, sebutan 6 hari, adalah sebutan yang bergantung kepada terjemahan al-Quran. Sedangkan di dalam bahasa asal al-Quran, sebutannya ialah sittah ayyaam. Perkataan ayyaam di dalam Bahasa Arab, tidak terikat hanya kepada apa yang diterjemahkan sebagai HARI iaitu himpunan satu unit masa yang terbentuk dari 24 jam. Kalimah ayyaam boleh diertikan sebagai peringkat atau marhalah… justeru keterangan al-Quran tentang cara Allah mencipta bumi, tidak harus difahami dengan hanya bergantung kepada terjemahan, sebaliknya harus kembali kepada Bahasa Arab.

Adakah sittah ayyam itu enam hari, enam marhalah (stages) atau enam apa?

Sudikah anda belajar Bahasa Arab?

Kata Confucius, “berfikir tanpa belajar itu merbahaya”. Merbahayanya ia adalah pada terjun ke laut tanpa pelampung, berenang di lautan tanpa diketahui pantainya. Selepas segala maklumat diperolehi dari capaian internet di hujung jari, apa yang terus menjadi beban ke atas golongan ini, adalah kegagalannya melihat rupa bentuk agama.

Mana hujung, mana pangkalnya.

Mana pintu, mana tingkapnya.

Menyoal pelbagai isu tentang al-Quran tetapi tiada kesudian untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan asas untuk berinteraksi dengan al-Quran. Bahasa Arabnya, asbab al-nuzul, ghara’ib lafaznya, nasakh mansukhnya, sudikah manusia yang banyak berfikir ini belajar?

Atau banyak berfikir dan banyak bertanya, tetapi apa yang diinginkan hanya keputusan akhir semata. Boleh atau tidak, halal atau haram… tetapi enggan berusaha memahami prosesnya.

Pelajar bukan pemikir sia-sia.
Pemikir bukan pelajar merbahaya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Otak Kanan @ Otak Kiri?


Assalamu'alaikum kawan-kawan semua...

Semalam ada ceramah maulidur rasul kat Pusat Islam. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Nik Mohd Lizam, guru kaunseling dari SMK Bintulu. Tajuk ceramah tu ialah, Genius Muhammad bin Abdullah. Ceramah tu memamg agak menarik di mana ia menceritakan tentang kegeniusan Rasulullah hasil tarbiyah Allah SWT. Ada juga diceritakan bagaimana Rasulullah mendidik @ membentuk kegeniusan sahabat-sahabat pada zamannya dan bagaimana kita perlu fokus matlamat kita pada kekuatan atau kelebihan yang kita miliki dan juga kepentingan kekuatan spiritual dalam diri seseorang.

Tapi, ada lagi topik yang menarik hati saya iaitu tentang kemampuan otak kanan dan otak kiri kita. Dikatakan orang yang menggunakan kemampuan otak kiri adalah orang yang logik manakala yang menggunakan kemampuan otak kanan adalah orang yang kreatif. Dan Ustaz Lizam mengatakan bahawa kebanyakan daripada kita adalah orang yang logik iaitu hanya menggunakan kemampuan otak kiri kita termasuklah diri saya sendiri yang tidak kreatif ini. Jika kita menyelongkar sepenuhnya kemampuan otak kita, insyaAllah kita akan menjadi orang yang hebat.

Di sini saya ingin mengajak kawan-kawan untuk bersama-sama kita berusaha dalam menggali dan meneroka anugerah kelebihan yang dikurniakan kepada kita ini. Kalau kita tidak menggunakan kelebihan yang Allah bagi kat kita maknanya kita tak hargai pemberianNya itu. Jadi kawan-kawan, kita kenalah berusaha untuk meningkatkan kemampuan kita dalam menggunakan ke dua-dua otak kanan dan juga otak kiri kita...Wallahu 'alam...

Thursday, March 12, 2009

Aku Yang Tak Kreatif


Assalamu'alaikum kawan-kawan semua...

adoi..peningnya kepala otak aku nak design banner program KNU ni. Macam manalah aku boleh bersetuju untuk design "menda alah" ni. Aku ni dahla memang terkenal dengan otak yang tak beberapa kreatif. Dah tau diri tu tak mampu, tapi nak terima jugak tanggungjawab tu. Dah hampir 2 minggu aku dok rekacipta benda ni..sudah puas aku "cut" sana "cut" sini, tambah itu tambah ini, edit kiri edit kanan, baiki atas baiki bawah..tapi tetap tak memuaskan hati aku. Hari ni, pengarah program nak tengok hasil yang telah aku buat, matilah aku. Dah sah2 kena reject hasil "kekreatifan" aku ni. Walau apa pon, aku kena sediakan mental aku untuk terima kritikan dan peng"reject"an dari pengarah program....aku telah berusaha jadi bertawakal jela pada Allah Yang Maha Kuasa...betul tak kawan-kawan?

Oklah kawan-kawan, saya terpaksa undur diri dulu, nak sambung keje edit mengedit design banner ni. Sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kawan-kawan semua sempena test 2 ni. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dapat menjawab segala soalan dengan hati yang tenang... Amin...belajar tau, jangan tak belajar..pastu baru berdoa dan bertawakal kepada Allah...(pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan juga)...ila lliqo'...wassalam

Tuesday, March 10, 2009

Coretan buat Adam dari Hawa


Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..... mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya kau masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
dan pada Tuhanmu yang agung .......

Saturday, March 7, 2009

Alhamdulillah


Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh...

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Esa..akhirnya wujud juga blog baru aku....
 

SeBuaH pErJaLanaN Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez