Tuesday, November 5, 2013

Salam Ma'al Hijrah 1435H


Assalamu'alaikum dan Salam Ma'al Hijrah....

Sempena tahun baru ni, nak pasang azam untuk hidupkan balik blog ni...mampu ke? Sebelum ni dah banyak kali berjanji nak aktif menulis, tak nak biarkan blog ni bersawang tapi janji itu hanya janji dicapati saja...janji tinggal janji...apo nk jadi dengan eden ni...? In shaa Allah, janji kali ni janji ditepati... 

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Maksudnya: "YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita pada keesokan hari dan hari2 yang seterusnya serta menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bermuhasabah... Amin....

Entri pertama untuk tahun baru ni....jeng..jeng..jeng...kek favourite zauji habibi...


Macam sedap je kek ni..macam sedap je...macam best je...Bila agaknya nak cuba buat kek ni...?Cik abang dah lama mintak nak makan kek...minta maafla bang, sampai sekarang tak dapat tunaikan hajat abang...nanti kita cuba buat...in shaa Allah...moga Allah permudahkan...resipi dah ada, tinggal nak buat je...jadi tak jadi belakang kira....hohohoho...

KEK COKLAT MOIST KUKUS

resipi : chef zubaidah
sumber : alongroz@myresipi 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( 8-9 inchi  )
  • 100gm Serbuk Koko*
  • 250gm Gula Kastor *  1 tin Susu Isian Cair*
  • 200gm Minyak Masak Sayuran*
  • 250gm Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150gm Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Soda Bicarbonat
  • 1sudu kecil Baking Powder
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.
  3. Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.
GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
  • 150gm cooking chocolate
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu besar minyak (sayuran/masak)
Cara:
  1. Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.
  2. Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.
  3. Masukkan.minyak dan kacau.
  4. Biarkan seketika baru dicurah atas kek
*kaedah letak minyak ni sbg gantikan butter utk hasilkan ganache yg berkilat. Dn juga kek yg dihias.dgn ganache ni,.ganache.nya.tk mengeras/berkeping bila.dh dibiar dlm peti ais. kaedah ni k.nor pelajari kat kelas deco yg dihoskan oleh chef dr Vietnam baru2 ni..
 

SeBuaH pErJaLanaN Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez