Sunday, February 6, 2011

Doaku


"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

Oo ilham...datanglah padaku


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untukku menulis dan mencoret di blogku yang sudah berhabuk dan berdebu ini setelah lama tidak ku kunjungi. Bukan niatku untuk memungkiri janji yang dibuat pada entri yang lepas untuk terus istiqomah menulis dan meng"update" blog ni tapi ilham tidak sudi menjengah saya yang kekeringan idea untuk menulis (boleh terima tak alasan ni...huhuhu). Mungkin sudah lama tidak membaca, otak pon dah jadi tumpul. InsyaAllah lepas ni nak asah balik otak ni, biar tajam berkilat, ilham pon mesti berlumba-lumba datang. Ya Allah...moga diperkenankan..
 

SeBuaH pErJaLanaN Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez