Friday, March 13, 2009

Otak Kanan @ Otak Kiri?


Assalamu'alaikum kawan-kawan semua...

Semalam ada ceramah maulidur rasul kat Pusat Islam. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Nik Mohd Lizam, guru kaunseling dari SMK Bintulu. Tajuk ceramah tu ialah, Genius Muhammad bin Abdullah. Ceramah tu memamg agak menarik di mana ia menceritakan tentang kegeniusan Rasulullah hasil tarbiyah Allah SWT. Ada juga diceritakan bagaimana Rasulullah mendidik @ membentuk kegeniusan sahabat-sahabat pada zamannya dan bagaimana kita perlu fokus matlamat kita pada kekuatan atau kelebihan yang kita miliki dan juga kepentingan kekuatan spiritual dalam diri seseorang.

Tapi, ada lagi topik yang menarik hati saya iaitu tentang kemampuan otak kanan dan otak kiri kita. Dikatakan orang yang menggunakan kemampuan otak kiri adalah orang yang logik manakala yang menggunakan kemampuan otak kanan adalah orang yang kreatif. Dan Ustaz Lizam mengatakan bahawa kebanyakan daripada kita adalah orang yang logik iaitu hanya menggunakan kemampuan otak kiri kita termasuklah diri saya sendiri yang tidak kreatif ini. Jika kita menyelongkar sepenuhnya kemampuan otak kita, insyaAllah kita akan menjadi orang yang hebat.

Di sini saya ingin mengajak kawan-kawan untuk bersama-sama kita berusaha dalam menggali dan meneroka anugerah kelebihan yang dikurniakan kepada kita ini. Kalau kita tidak menggunakan kelebihan yang Allah bagi kat kita maknanya kita tak hargai pemberianNya itu. Jadi kawan-kawan, kita kenalah berusaha untuk meningkatkan kemampuan kita dalam menggunakan ke dua-dua otak kanan dan juga otak kiri kita...Wallahu 'alam...

0 comments:

Post a Comment

 

SeBuaH pErJaLanaN Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez