Tuesday, April 21, 2009

Salam sahabat-sahabat yang disayangi


Alhamdulillah...saya dah sampai ke Keningau, Sabah pada pukul 12.15 pm, 19 April 2009. Perjalanan yang agak menakutkan dari KK ke Keningau..dengan jalannya yang curam dan di tepinya jurang yang dalam...huhuhu...kepalaku berpusing-pusing, mata berpinar-pinar sepanjang perjalanan yang menggerunkan tu..hari ni pulak, saya dah selamat melaporkan diri kat tempat praktikal, JPHPT Keningau...hari ni cuma lapor diri je, esok baru mula kerja..berdebar-debar rasanya, tapi rasa seronok pon ada jugak...walau apa pon, tempat ni memang cantik...btol..tak tipu...nanti saya tangkap gambar banyak-banyak & tunjuk kat sahabat-sahabat semua... :)

oklah sahabat-sahabat semua, beta nak beradu dulu..esok dah start kerja..kan tak pasal-pasal tertido time keje plok...lepas ni, mungkin susah nak update blog & kontek kawan semua..maklumla kat tempat praktikal saya tu takde internet...ni pon pinjam yang ustaz najmuddin punya (kawan ustaz halim kat keningau)..saya menumpang kat umah dia untuk 2 hari ni, esok baru masuk hostel JPHPT...doakan saya dapat harungi hidup kat sini ye kawan-kawan...ilalliqo' wama'assalamah......wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh...

Sunday, April 12, 2009

Doa dan Wirid untuk Pelajar


1.SURAH AL FATIHAH – Doa pembuka kepada segala urusan.

2.SURAH AL ‘ALAQ (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu.

3.SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan dan melegakan hati.

4.SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati
Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.

5.SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati
“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya.”

6.SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati
“Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.Ya Allah..Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.”

7.WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA.
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)
“Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu ‘alaihi wasallaam nabiyan wa rasulla.”
Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)

8.DO’A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL
Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya arhamar-rahimin.
“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”

9.DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA
“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”

10.DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK
Allahumma alhimni rusydii wa a’idznii min syarri nafsi.
“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”

11.DO’A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS
Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli
“Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.”

12.DO’A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN
Rabbi zidnii ‘ilman warzuqni fahman
“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).

13.WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH
Ya ‘Aliimu Ilman Hikmah
“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah”

14.WIRID UNTUK PELAJAR
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.
Ya Haadii Ya “Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.
“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata”
Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy.

15.DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH
Ya ‘Aliimu Allimni Hikmah
“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah”.
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

16.DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN
Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan

Ya Haadi, ihdinii.
“Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku”
Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.

17.WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI
Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat
“Wahai Tuhan Yang Maha Pandai”
Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.

18.WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN
Alaa Ya’lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir
“Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.
Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau projek.



Surah Ali-'Imran : 160

"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal."

p/s: salam sahabat-sahabat sekalian...selamat menghadapi final exam...studi..studi jgk tp jgn lupa untuk berdoa dan bertawakal kepada Allah..insyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan kita... :)

Thursday, April 9, 2009

Program lagi...


“Program lagi. Asyik dengan program aje. Bila masa nak study ni. Isy, ni rasa macam nak ponteng aje program nie” Keluh Nur selepas mendengar pengumuman masulah Lajnah selesai sahaja satu liqa nuqaba’.

Pertarungan dalaman bermula….

Ilmu, Iman dan Amal.

Al-fahmu qabla al-amal. Faham dahulu baru beramal. Satu slogan yang sering ditekankan oleh pengkuliah di hadapan. Benar. Ada hikmahnya dalam bicara itu. Tanpa kefahaman, mana mungkin satu amal dapat dilaksanakan dengan baik.

Umpama seorang pembuat roti canai. Bukan mudah untuk hasilkan doh roti itu. Perlu ada adunan yang betul. Tepung, air, telur , garam, dan bahan yang lain perlu diadun dalam sukatan yang sesuai. Silap bancuh, keras jadinya. Ilmu membancuh perlu difahami. Bukan sekadar itu. Ia perlu hadir dengan pakej ilmu menebar dan membalik-balikkan roti canai di atas api. Barulah dapat menghasilkan roti yang sedap.

Tapi, harus diingat. Prosesnya bukan sekadar tahu dan mampu buat. Betapa ramai pembuat roti canai di jalanan, namun ada yang bermutu ada yang tidak. Kenapa ? Ternyata ada satu lagi elemen yang perlu ditekankan. Kalau boleh disebutkan di sini, elemen penghayatan. Perasaan mahu. Tanpa ada kemahuan buat yang baik, walau sehebat mana adunan doh roti, hasilnya tetap tidak akan sehebat roti yang dihasilkan dengan kemahuan yang tinggi oleh si penjual.

Kalau dia ada hati pada rotinya, nescaya tidak akan kisah walau selewat mana perlu tidur kerana mahu menyiapkan doh roti untuk esok hari, tidak kisah walau seawall mana perlu bangun untuk menebar dan menjual rati. Semua kepenatan ditolak tepi kerana dia sendiri MAHU melakukannya.

Hari ini ramai pendakwah yang lompat satu langkah. Bila faham terus amal. Ada satu elemen yang sering diabaikan. Penghayatan/Kemahuan. Sebab itu slogan ilmu, iman dan amal sering diletakkan di mana-mana logo. Di tengah-tengah ilmu dan amal, adanya iman. Di tengah-tengah tahu dan mampu, adanya mahu.

Bila diselidik latar belakang pendakwah yang menyepi di jalan ini, kita mendapati bahawa mereka bukannya tidak mampu untuk beramal, bukannya tidak tahu kenapa perlu beramal, tapi ternyata kurangnya kemahuan untuk beramal.

“Maaf le syeikh. Ana sibuk study nie.” Tolak seorang ikhwah bila diajak untuk ke usrah.

“Ana dah banyak kali pergi program ini. Bagi le peluang untuk ana berehat pulak” alasan seorang akhawat.

“Bosan le program. Asyik program aje. Tidur lagi best” respon seorang senior bila diajak turun beriadah di pagi Ahad.

Seribu satu alasan dicipta. Semuanya asbab untuk meng’halal’kan diri menyepi dari jalan da’wah. Samada alasan yang diberi itu syarie atau tidak, itu semua tidak dipeduli lagi. Yang penting, dapat lepaskan diri dari terus menyesakkan diri dengan urusan da’wah. Study dijadikan tiket untuk melepaskan diri.

Peringatan dari langit.



Kisah kaab.

Seorang sahabat besar nabi, Kaab Bin Malik dipulaukan 50 hari oleh Rasul dan seluruh penduduk madinah , semuanya semata-mata beliau tidak hadir sekali sahaja dalam program islam… iaitu dalam perang Tabuk. Tidak hadir hanya sekali, namun hukumannya begitu berat. Hingga isterinya sendiri dihalang Rasul untuk mendekatinya.

Kenapa pendekatan ini diambil Rasul?

Pertama, kerana ini merupakan arahan dari Allah.

Kedua, ada hikmah yang ingin Rasul sampaikan.

Apa hikmahnya??

Tidak lain tidak bukan melainkan mahu memberitahu bahawa mengugurkan diri dalam perjuangan Islam adalah satu kesalahan yang amat besar. Walaupun hanya sekali tidak hadir, namun ianya bukan boleh dimaafkan begitu sahaja. Ini terjadi kerana sahabat tersebut telah tahu dan mampu untuk berjuang, tapi hanya kerana mahu tidak ada, beliau dihukum. Kesalahan mahu amat besar! Ia perlu dihukum.

Mahu vs tidak mahu

“Program kita malam ini jam 8.30 malam di dewan besar. Harap dapat hadir seperti yang telah kita maklumkan dari bulan lepas lagi.” Satu sms masuk ke dalam inbox Badrul.

Badrul serba salah. Esok ada test jam 5.30 petang. Banyak lagi topik yang belum dibaca. Nak pergi ke tidak program ini.

Maka peperangan mahu dan tidak mahu pun bermula.

Disinilah perlukan kebijaksanaan panglima perang hati dan komander akal untuk menumpaskan bala tentera nafsu. Kajilah semua senjata jadual perancangan , perisai study group, kubu lecturer dan apa sahaja untuk membuat penilaian. Buatlah analisis dengan baik.

“Syeikh.. bola ada di kaki nta. Terpulanglah untuk menjaringkan di gol lawan atau gol sendiri. “

Mohd Hakim
http://muhakim.blogspot.com

Wednesday, April 8, 2009

Muhasabah Diri


“………dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.”
(Surah Muhammad : 38)

Ayat ini sungguh terkesan di hatiku..jika kamu berpaling, Allah akan gantikan kamu dengan orang lain yang lebih baik dari kamu..Allah menegaskan di sini bahawa Dia tidak memerlukan kita tapi sebenarnya kitalah yang amat memerlukan Dia. Kita yang memerlukan rahmat dariNya, kita yang mengimpikan syurgaNya, kita yang mencari redhaNya. Dia tidak memerlukan apa-apa dari kita. Jika kita ingat kepadaNya, Dia lebih mengingati kita dan jika kita lupa kepadaNya, dia boleh lebih dari itu, tidak pedulikan kita langsung.

Apa yang nak kita banggakan dengan diri kita....?

Adakah kita nak mendabik dada bahawa kitalah pejuang agama Allah?

Adakah kita mahu mengatakan dengan bangga bahawa kitalah adalah antara penyambung mata rantaian dakwah Rasulullah?

Dan adakah kita merasakan tanpa kita dakwah takkan berjalan, Islam takkan tertegak di muka bumi ini atau takkan ada orang lain lagi yang mampu meneruskan tugas Rasulullah ini?

Atau adakah kita rasa kita tak perlu berada di dalam saff perjuangan ini kerana masih ramai lagi yang ada untuk buat kerja ni?

Tak usahlah kita nak menyombong diri begitu, tanpa kita memang Islam akan tertegak jua di bumi ini. Itu janji Allah yang pasti. Dan tanpa kita, akan ada orang lain yang akan perjuangkan agama Allah ini. Tapi, kita mesti ingat, kita memilih jalan ini bukan kerana ia memerlukan kita tatapi kerana kita yang ingin mendapatkan redha dan rahmat . Kita yang berhajat kepadanya, bukannya ia berhajat kepada kita. Jangan kita ingat, kita boleh hidup senang tanpa redha dan rahmat dari Ilahi.

Cubalah tanamkan dalam diri kita dan setkan dalam minda kita bahawa kita yang sangat-sangat berhajat kepada Islam, maka InsyaAllah kita akan memberikan sepenuh komitmen kepada kerja-kerja dan program-program Islam. Tidak akan timbul lagi alasan-alasan kuno seperti “saya sibuklah, banyak assignment minggu ni”, saya ada test 5 hari lagi, tak dapat ikut program..banyak lagi tak baca”, dan banyak lagi alasan-alasan yang sungguh “munasabah”. Dan jika kita faham bahawa kita yang sangat berhajat kepada Islam, takkan terbit lagi alasan “saya tidak berminatlah dengan program-program macam ni”, “saya tak nak terlibat dengan gerak kerja Islam atau dakwah..bukan minat saya” dan macam-macam alasan lagi… sungguh menyedihkan dan meletihkan melihat dan melayan karenah budak-budak zaman sekarang…

Ingatlah wahai empunya diri dan anda-anda semua, kita hanyalah insan hina yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam.. jadi jika kita lebih pentingkan yang lain dari Islam itu sendiri, maka kita telah meletakkan diri kita hina di sisi Allah. Ingatlah jua, bahawa Allah mampu menggantikan kita dengan orang lain yang tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi oleh Tuhannya dan akan berjuang dan berkorban di jalanNya dengan sepenuh hati semata-mata untuk mendapat redhaNya. Di saat itu, jangan pula kita menyesal kerana kita telah diberi peluang itu, tapi kita yang telah mensia-siakannya….wallahu’alam




p/s : mohon maaf kepada pembaca...ayat agak tak tersusun dan caca merba... (,")
 

SeBuaH pErJaLanaN Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez