Wednesday, April 21, 2010

selamat bertemu kembali...


assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh...

apa khabar sahabat-sahabat sekalian..?!rindukan saya tak?!adoi..sudah lama tak menjenguk blog ni dan jugak menulis entri terbaru...hohoho...nak kata sibuk, orang lain pon sibuk tapi boleh je update blog..tapi kenapa saya tak boleh update..?!sebabnya...M.A.L.A.S...ye malas...semenjak, dua, tiga, empat menjak ni...saya telah diserang oleh virus malas...bahaya woo virus ni...sbb virus ni, tesis tak siap-siap lagi smpai skrg...studi pon tunggang-langgang...ibadah pon cau cin cai...astaghfirullahal'azim...jadi untuk entri pertama ni, saya ingin mengajak diri saya dan sahabat-sahabat semua sama-sama muhasabah diri kita...jom baca entri yg tak seberapa ni dan ambil pengajaran daripadanya...moga kita menjadi hamba yg lebih baik.....


Muhasabah diri merupakan satu proses timbal balik atau post mortem dalam menilai diri kita sendiri. Muhasabah diri amat digalakkan dalam Islam kerana ia membolehkan kita membetulkan dan meningkatkan amalan-amalan kita dan seterusnya mencapai mardhotillah (keredhaan Allah). Itulah sebenar-benar tujuan kita hidup di dunia ini. Apabila seseorang melakukan muhasabah diri di dunia, maka di akhirat kelak dia akan memperolehi keberuntungan yang besar. Ini sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)….” (Surah Al-Hasyr : 18)

Dalam ayat tersebut, jelas menunjukkan kepada kita isyarat dari Allah SWT agar kita selalu melakukan muhasabah terhadap amalan-amalan kita untuk menghadapi hari di mana kita akan ditanya segala apa yang telah kita perbuat di dunia.

Umar Al-Khattab pernah berkata : “Muhasabahlah dirimu sebelum kamu diperhitungkan, timbanglah amal perbuatanmu sebelum kamu ditimbang.”

Diceritakan bahawa Saidina Umar Al-Khattab memukul kedua tapak kakinya dengan cemeti pada setiap malam dan berkata kepada dirinya sendiri “Apa yang telah anda kerjakan pada hari ini?”

Orang sehebat Saidina Umar, yang telah dijamin masuk syurga, melakukan muhasabah terhadap dirinya setiap hari. Bagaimana pula kita sebagai manusia biasa, yang tiada jaminan lagi akan memasuki syurga Allah boleh begitu sombong dan mendabik dada tidak mahu menilai diri kita. Adakah kita rasa amalan kita telah cukup baik dan telah mengatasi segala amalan buruk kita? Adakah kita yakin segala amalan kita diterima oleh Allah SWT? Kalau jawapannya adalah TIDAK, mengapa kita sukar untuk melakukan muhasabah terhadap diri sendiri? Jawapannya ada pada diri kita sendiri.

Maimun bin Mahran pernah berkata: “Seseorang hamba itu tidak dapat dimasukkan ke dalam golongan orang yang bertaqwa, sehingga ia membuat muhasabah pada dirinya sendiri lebih teliti daripada kawannya yang juga membuat muhasabah pada dirinya.”

Di sini kita dapat fahami bahawa muhasabah diri tidak boleh dilakukan secara caca merba sahaja. Ia perlu dilakukan dengan menyerahkan sepenuhnya hati dalam menghisab diri sendiri dan dengan lapang dada dan penuh rasa rendah diri mengakui segala kesilapan dan kesalahan kita samaada di hadapan manusia apatah lagi di hadapan Pencipta kita, Allah SWT. Dengan itu, akan wujudlah rasa ketakwaan dalam jiwa kita hasil daripada rasa kesedaran yang tinggi bahawa kita hanyalah hamba yang lemah dan hina di sisi Allah Yang Maha Kuasa.

Bagaimana caranya untuk memuhasabah diri…? Dari mana kita hendak mula? Abu Abdullah bin Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah menerangkan dalam melakukan muhasabah terhadap diri :

Pertama sekali, kita harus mulakan dengan memuhasabah segala kewajipan yang telah diamanahkan kepada kita. Jika ada yang kurang, segera lengkapkan baik dengan cara qadha atau menambahbaikkan amalan kita.

Yang keduanya ialah kita muhasabah terhadap perbuatan-perbuatan kita yang melanggar larangan Allah. Jika ada, hendaklah segera bertaubat, beristighfar dan membuat kebaikan untuk menghapuskan dosa.

Seterusnya, muhasabah terhadap kelalaian kita. Jika kita menyedari bahawa kita telah lalai dan alpa, segera berzikir dan pusatkan diri hanya pada Allah SWT.

Yang terakhir, muhasabah terhadap percakapan, pendengaran, penglihatan, perbuatan dan hati kita. Jika ada yang tidak kena, segera bertaubat dan memohon keampunan Allah. Semua ini akan ditanya oleh Allah di hari pembalasan kelak sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-Isra’ ayat 36 yang membawa maksud:

“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.”

Dalam surah lain Allah berfirman,
“Maka demi Tuhanmu, Kami pasti akan menanyai mereka semua, tentang apa yang telah mereka kerjakan dahulu.” (Surah Al-Hijr : 92-93)

Oleh itu, ayuhlah sahabat-sahabat sekalian, kita bersama-sama menghitung diri kita. Adakah kita di kalangan orang yang berjaya iaitu orang yang hari ini lebih baik dari semalam? Atau kita di kalangan orang yang terpedaya di mana hari ini sama dengan semalam? Atau mungkin juga kita orang yang celaka iaitu orang yang hari ini lebih buruk dari semalam? Na’udzubillahi min zaalik…pada golongan manakah kita berada? Hanya diri sendiri yang dapat menjawab soalan itu.

Sama-samalah kita menghisab diri kita sebelum Allah menghisab akan amalan kita. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang benar-benar mendapat keredhaanNya. Jadilah seorang hamba yang mencela dan mengutuk dirinya kerana ia dapat menyelamatkan kita dari rasa ‘ujub dan riya’ dan ia juga membuka jalan untuk kita merasa tunduk dan lemah di hadapan Allah SWT.
Barangsiapa tidak mahu mencari aib dirinya, maka ia tidak dapat menghilangkannya. Muhasabahlah diri kita, insyaAllah kita akan dapat menanggalkan daki-daki keaiban pada diri kita. Allahu a’lam…

p/s:sebenarnya entri ni saya dah pernah post ke blog lagi satu lama dahulu...bila bukak-bukak balik blog tu terjumpa entri ni...so saya postkan pulak ke blog ni sebagai entri pembuka untuk kebangkitan diri saya dari sifat malas...boleh percaya ke ni?! Allahu'alam.. huhuhuhuhu... insyaAllah...doakan saya terus istiqamah ye sahabat2 sekalian...jazakumullahu khairan kathiran..sehingga berjumpa lagi pada entri seterusnya...insyaAllah.. (^_^)...wassalam

Wednesday, February 10, 2010

Islam Cara Hidupku


Bahagian 2 – Nikmat tebaik di dunia

Seperti matahari yang menyinari bumi dan bulan yang menerangi kegelapan malam, begitu jualah dengan Islam. Ia menyinari kegelapan zaman jahiliyyah dan cahayanya memenuhi setiap pelusuk bumi Makkah. Islam datang dengan membawa rahmatnya ke serata alam. Islam memberikan rasa tenang dan bahagia kepada para wanita. Islam memberi kehidupan kepada jiwa anak-anak perempuan yang tidak berdosa. Islam mendamaikan suku-suku bangsa arab yang berbalah sepanjang masa. Islam mengembalikan hak-hak suami isteri, ibu bapa, anak-anak, saudara-mara, jiran tetangga, pemimpin, dan rakyat serta golongan bukan Islam.

Islam telah mengangkat tinggi martabat wanita, namun hari ini wanita dengan sukarelanya merendahkan martabat mereka. Mereka membuka aurat dan merelakan diri mereka dikomersialkan di media. Mereka membiarkan diri mereka dieksploitasi dan menjadi bahan tontonan orang ramai. Sungguh sedih dan kasihan melihat keadaan wanita pada masa kini.

Islam juga datang membebaskan perhambaan sesama manusia kepada menyembah Allah s.w.t semata-mata. Islam memerdekakan diri manusia dari bertuhankan nafsu kepada patuh pada Allah Yang Esa. Bertuahlah manusia yang hidup dalam cahaya Islam dan Iman.

Firman Allah s.w.t :

“Maksudnya: Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya dari Tuhannya (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan maksiat)? Maka celakalah bagi orang-orang yang keras hatinya daripada mengingati Allah. Mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata.”
(Surah Az-Zumar : 22)

Wednesday, January 27, 2010

Wanita Sholehah


Album : Cinta
Munsyid : The Fikr
http://liriknasyid.com


Perhiasan yang paling indah
bagi seorang abdi Allah
Itulah ia wanita sholehah
Ia menghiasi dunia

Perhiasan yang paling indah
bagi seorang abdi Allah
Itulah ia wanita sholehah
Ia menghiasi dunia
Itulah ia wanita sholehah
Ia menghiasi dunia

Aurat ditutup demi kehormatan
Kitab Al Qur'an didaulahkan
Suami mereka ditaatinya
Walau berjualan di rumah saja

Karena iman dan juga Islam
Telah menjadi keyakinan
Jiwa raga mampu di korbankan
Harta kemewahan dileburkan

Di dalam kehidupan ini
dia menampakkan kemuliaan
Bagai sekutum mawar yang tegar
Ditengah gelombang kehidupan

Aurat ditutup demi kehormatan
Kitab al Qur'an didaulahkan
Suami mereka ditaatinya
Akhlak mulia yang ia hadirkan

Karena iman dan juga Islam
Telah menjadi keyakinan
Jiwa raga mampu di korbankan
Harta kemewahan dileburkan

Di dalam kehidupan ini
dia menampakkan kemuliaan
Bagai sekutum mawar yang tegar
Ditengah gelombang kehidupan

Wanita sholehah....


p/s: jom muslimat-muslimat semua kita sama-sama upgrade diri menjadi wanita solehah, penghias dunia yang paling indah, penyejuk mata, penawar hati... :)

Islam Cara Hidupku


Olahan dari Islam Cara Hidupku karya Ummu Abbas W. Abdullah


“Katakanlah; sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”
(Surah al-An’am: 162)

Bahagian 1 – Tidak mengenal Islam tanpa mengenal Jahiliyyah

Hari ini akhbar dan televisyen seringkali memaparkan kisah-kisah pembuangan bayi. Hampir setiap hari ada sahaja berita tentang bayi yang dibuang merata-rata, di tempat pembuangan sampah, di longkang, di tandas atau yang berperikemanusian sedikit meninggalkan bayi di masjid atau di beranda kediaman orang lain agar bayi mereka selamat ditemui oleh orang ramai.

Kita telah kembali ke zaman jahiliyyah. Jika zaman jahiliyyah dahulu, masyarakat Quraisy membunuh anak perempuan mereka hidup-hidup, jahiliyyah moden pula membunuh anak mereka sebaik sahaja ia menjengah dunia. Sebaik sahaja dilahirkan, bayi-bayi ini terus dibungkus atau dimasukkan ke dalam beg dan diletak di merata-rata tempat. Jahiliyyah moden lebih teruk dari jahiliyyah dahulu, sekurang-kurangnya jahiliyyah dahulu membunuh anak mereka dalam keadaan kufur iaitu sebelum kedatangan Islam, tetapi kini ibu-ibu yang beragama Islam begitu tega membunuh dan membiarkan anak-anak mereka.

Segala macam spesis maksiat telah timbul pada hari ini. Masalah remaja berpeleseran semakin berleluasa. Arak, judi, dadah dan zina menjadi perkara biasa bagi remaja pada zaman ini. Tidak kurang juga dengan kes-kes jenayah seperti kes ragut dan rompak dilaporkan di dada akhbar-akhbar setiap hari, kes sumbang mahram, kes penceraian dan pelbagai kes lagi yang membuatkan kita menggeleng kepala setiap kali membaca berita-berita mengenainya. Bagaimana pula dengan kisah-kisah isteri derhaka, suami dayus, anak-anak menjadi tuan kepada kedua ibu bapanya, para wanita yang tanpa malu mendedahkan aurat secara melampau, para pemuda yang begitu bangga dengan akhlak buruknya dan amalan kaum Luth yang cuba dihidupkan kembali oleh munusia-manusia rakus yang tunduk pada desakan hawa nafsu. Tidak dilupakan juga pemerintah-pemerintah yang zalim, hakim yang tidak adil, rasuah, riba dan seribu satu macam maksiat lagi yang melanda dunia Islam pada hari ini. Ummat hari ini mengundang bala dengan memilih untuk mangamalkan kembali cara hidup jahiliyyah.

Manusia yang sedar dan beriman akan merasakan dunia hari ini bagaikan neraka, digelapi dengan rencah derhaka kepada Allah. Jiwa tidak akan tenteram melihat semua ini dan beban berat dirasakan tergalas di bahu untuk memikul bala yang maha berat ini. Minda pasti tertanya-tanya…apakah yang mampu dilakukan untuk menolak bala-bala ini? Sebahagian bala telah pun ditimpakan kepada manusia sebagai peringatan agar manusia kembali kepada Tuhan. Tsunami, gempa bumi, banjir besar, tanah runtuh, putting beliung serta pelbagai lagi telah diturunkan sebagai tanda amaran daripada Allah tetapi tiada siapa peduli semua tanda itu. Kebanyakan insan masih leka dengan keseronokan dunia lantaran tidak mengenal atau cuba menafikan bahawa bala bencana itu adalah tanda peringatan Allah.

Manusia telah lupa pada damainya Islam. Islam yang membawa maksud selamat, tenang, aman sentosa atau bahagia. Islam yang memenuhi dunia ini dengan limpahan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Islam yang membawa kita ke satu jalan benar dan diredhai. Islam yang telah menetapkan satu sistem atau cara hidup yang sempurna untuk kita. Islam yang mencakupi seluruh aspek kehidupan kita dari sekecil-kecil perkara seperti adab-adab masuk tandas hinggalah kepada perkara yang besar seperti pentadbiran negara. Islam yang sesuai dengan fitrah kejadian kita sebagai manusia.

“Maksudnya: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu serta Aku redha Islam itu menjadi agama bagimu.”
(Surah al-Maidah: 4)

Alangkah indahnya Islam. Ayuh kita kembali kepada Islam, kembali mengamalkan tuntutan Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Sama-samalah kita mensyukuri nikmat anugerah Islam itu. semoga kita terus berada dalam iringan hidayah Allah s.w.t.

“Maksudnya: Maka sesiapa yang Allah beri hidayah kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk menerima Islam. Sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesempit-sesempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (kerana susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
(Surah Al-An’am: 125)

bersambung....

Saturday, January 9, 2010

Oh Allah...help me...i need Your Guidance


Ya Allah...janganlah Engkau bebankan daku dengan ujian yang tidak mampu aku pikul...sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu...Jika ujian tanda ingatanMu terhadapku, aku redha ya Allah...kepadaMu aku berserah...

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubah kalbu
Tetapkanlah Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua...taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami...
 

SeBuaH pErJaLanaN Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez