Tuesday, November 5, 2013

Salam Ma'al Hijrah 1435H


Assalamu'alaikum dan Salam Ma'al Hijrah....

Sempena tahun baru ni, nak pasang azam untuk hidupkan balik blog ni...mampu ke? Sebelum ni dah banyak kali berjanji nak aktif menulis, tak nak biarkan blog ni bersawang tapi janji itu hanya janji dicapati saja...janji tinggal janji...apo nk jadi dengan eden ni...? In shaa Allah, janji kali ni janji ditepati... 

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Maksudnya: "YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita pada keesokan hari dan hari2 yang seterusnya serta menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bermuhasabah... Amin....

Entri pertama untuk tahun baru ni....jeng..jeng..jeng...kek favourite zauji habibi...


Macam sedap je kek ni..macam sedap je...macam best je...Bila agaknya nak cuba buat kek ni...?Cik abang dah lama mintak nak makan kek...minta maafla bang, sampai sekarang tak dapat tunaikan hajat abang...nanti kita cuba buat...in shaa Allah...moga Allah permudahkan...resipi dah ada, tinggal nak buat je...jadi tak jadi belakang kira....hohohoho...

KEK COKLAT MOIST KUKUS

resipi : chef zubaidah
sumber : alongroz@myresipi 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( 8-9 inchi  )
  • 100gm Serbuk Koko*
  • 250gm Gula Kastor *  1 tin Susu Isian Cair*
  • 200gm Minyak Masak Sayuran*
  • 250gm Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150gm Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Soda Bicarbonat
  • 1sudu kecil Baking Powder
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.
  3. Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.
GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
  • 150gm cooking chocolate
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu besar minyak (sayuran/masak)
Cara:
  1. Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.
  2. Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.
  3. Masukkan.minyak dan kacau.
  4. Biarkan seketika baru dicurah atas kek
*kaedah letak minyak ni sbg gantikan butter utk hasilkan ganache yg berkilat. Dn juga kek yg dihias.dgn ganache ni,.ganache.nya.tk mengeras/berkeping bila.dh dibiar dlm peti ais. kaedah ni k.nor pelajari kat kelas deco yg dihoskan oleh chef dr Vietnam baru2 ni..

Monday, December 17, 2012

DOA BUAT HATI


Ya ALLAH…
Aku mohon kepada-MU
Teguhkanlah hati ini dalam segala urusan YA ALLAH..

Aku mohon kepada-MU hati yang bersih dan lidah yang jujur

AKu mohon kepada-MU kebajikan yang ENGKAU ketahui dan berlindung kepada-MU dari kejahatan yang ENGKAU ketahui. Sesungguhnya ENGKAU mengetahui hal-hal yang ghaib.

Ya ALLAH..
ENGKAU yang membolak-balikkan hati
Tetapkanlah hati kami di atas agama-MU

Ya ALLAH..
ENGKAU yang mengubah-ubah hati
Ubahlah hati kami atas ketaatan kepada-MU

Sunday, July 22, 2012

Salam Perjuangan


Salam perjuangan sempena Ramadhan al-mubarak...tertarik dengan post oleh syabab musafir kasih di FB-nya.."bukan ucapan salam ramadhan yang kuharapkan dari sahabat-sahabat tapi yang kudambakan adalah salam perjuangan"...lebih kurang macam tulah kot kata-katanya...sangat-sangat tepat ucapan tu untuk bulan ramadhan yang mulia ni...Kita semua tahu, Ramadhan adalah MADRASAH TARBIYYAH...Ramadhan bulan untuk kita berjuang mendidik diri menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya, bulan untuk berjuang berperang dengan hawa nafsu kita...Bulan Ramadhan Bulan Perjuangan.... Tapi kena ingat... Kita tidak mahu menjadi HAMBA RAMADHAN. Kita mahu menjadi HAMBA ALLAH dalam erti kata yang sebenar. Jadi sama-samalah kita berusaha untuk meningkatkan amal ibadah dan memperbaiki diri di bulan Ramadhan ini dan kita doakan semoga kita terus istiqamah untuk bulan-bulan seterusnya... SELAMAT BERJUANG KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.. SEMOGA IBADAH KITA DI SEPANJANG RAMADHAN INI DITERIMA OLEH ALLAH..AMIIN...

Thursday, December 22, 2011

Mari bersyukur...


Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah, aku dapat terus menulis di blog ini. Setelah lama menyepikan diri dari dunia penulisan, aku mengambil keputusan untuk kembali menulis walaupun penulisan aku tidaklah sebaik dan sehebat orang lain. Kalau aku tidak mulakan dari sekarang, bila lagi aku mahu mulakan..betul tak?

Walaupun tiada idea untuk menulis artikel panjang-panjang atau mengulas sesuatu isu, aku akan cuba sedaya upaya untuk memastikan blog aku ni sentiasa "update". Kata-kata pepatah "Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih, dan hadis Nabi SAW, "sampaikan dariku walau sepotong ayat" menjadi azimat membakar semangatku untuk menulis (macam poyo je ayat aku....).

Untuk artikel pembuka hari ni, 21 Disember 2011, aku ingin mengajak semua untuk bersyukur. "Syukur alhamdulillah" satu kalimah atau ayat yang mudah dilafazkan tetapi kalau lafaz itu hanya keluar dari bibir sahaja bukannya dari hati kita, ia hanyalah lafaz yang sia-sia semata-mata, tiada makna di sisi Allah.

Kenapa kita kena bersyukur?Bagi aku terlalu banyak nikmat yang Allah telah kurniakan kepadaku. Alhamdulillah aku masih lagi bernyawa sehingga saat ni. Alhamdulillah, Tuhan masih tidak menarik nikmat anggota badan yang sempurna dariku, aku masih mampu melihat, mendengar dan bercakap. Syukur kerana hari aku masih dapat makan dan minum. Alhamdulillah aku masih boleh beribadat kepadaNya dan masih kekal dalam nikmat islam dan iman...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah...nikmatMu tidak terkira olehku. Benarlah firmanMu, "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah engkau hendak dustakan....?

Begitu banyak nikmat Tuhan kepada kita, mengapa masih sukar untuk kita mengucapkan kata-kata syukur kepada Allah. Marilah tika ini dan akan datang, kita menjadi hamba yang bersyukur. Orang yang tidak bersyukur adalah orang yang sombong..tentu kita tak nak digelar sombong kan...? Jadi, jom bersyukur :)

Sunday, February 6, 2011

Doaku


"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.
 

SeBuaH pErJaLanaN Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez