Thursday, December 22, 2011

Mari bersyukur...


Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah, aku dapat terus menulis di blog ini. Setelah lama menyepikan diri dari dunia penulisan, aku mengambil keputusan untuk kembali menulis walaupun penulisan aku tidaklah sebaik dan sehebat orang lain. Kalau aku tidak mulakan dari sekarang, bila lagi aku mahu mulakan..betul tak?

Walaupun tiada idea untuk menulis artikel panjang-panjang atau mengulas sesuatu isu, aku akan cuba sedaya upaya untuk memastikan blog aku ni sentiasa "update". Kata-kata pepatah "Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih, dan hadis Nabi SAW, "sampaikan dariku walau sepotong ayat" menjadi azimat membakar semangatku untuk menulis (macam poyo je ayat aku....).

Untuk artikel pembuka hari ni, 21 Disember 2011, aku ingin mengajak semua untuk bersyukur. "Syukur alhamdulillah" satu kalimah atau ayat yang mudah dilafazkan tetapi kalau lafaz itu hanya keluar dari bibir sahaja bukannya dari hati kita, ia hanyalah lafaz yang sia-sia semata-mata, tiada makna di sisi Allah.

Kenapa kita kena bersyukur?Bagi aku terlalu banyak nikmat yang Allah telah kurniakan kepadaku. Alhamdulillah aku masih lagi bernyawa sehingga saat ni. Alhamdulillah, Tuhan masih tidak menarik nikmat anggota badan yang sempurna dariku, aku masih mampu melihat, mendengar dan bercakap. Syukur kerana hari aku masih dapat makan dan minum. Alhamdulillah aku masih boleh beribadat kepadaNya dan masih kekal dalam nikmat islam dan iman...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah...nikmatMu tidak terkira olehku. Benarlah firmanMu, "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah engkau hendak dustakan....?

Begitu banyak nikmat Tuhan kepada kita, mengapa masih sukar untuk kita mengucapkan kata-kata syukur kepada Allah. Marilah tika ini dan akan datang, kita menjadi hamba yang bersyukur. Orang yang tidak bersyukur adalah orang yang sombong..tentu kita tak nak digelar sombong kan...? Jadi, jom bersyukur :)
 

SeBuaH pErJaLanaN Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez